Pages

Thursday, April 25, 2013

Rasa Selesa, Memey Suhaiza Putuskan Untuk Kekal Dengan Bertudung

Jika sebelum ini Memey Suhaiza meminta para peminat mendoakan diri beliau supaya kekal bertudung, ini merupakan berita baik kepada mereka yang gembira dengan perubahan aktress ini.
Mengakui sudah lama memendam hasrat untuk terus bertudung, Memey Suhaiza berkata kepada GUA yang beliau kini mengambil keputusan untuk bertudung secara kekal selepas memikirkan perkara ini sebaiknya.
“Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung”
Memey Suhaiza menambah yang suaminya Norman Hakim gembira dengan keputusan beliau itu kerana sebelum ini aktor itu ada menyuarakan hasrat beliau untuk melihat isterinya itu bertudung.
“Dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia,” ujar Memey Suhaiza yang akan terus berlakon jika ada tawaran.









Gambar: Nora Danish & Rayqal Melawat Baby Fasha Sandha

Tiada perkataan yang cukup indah untuk menggambarkan keadaan melihat keluarga kecil ini bersama dalam sekeping gambar lebih lebih lagi ia’nya meraikan kelahiran insan baru ke dunia ini. Cewah.
Awal malam tadi menerusi akaun Instagram, Nora Danish mengongsikan sekeping gambar beliau bersama Rayqal datang melawat bayi lelaki sulung pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram, Putra Rayfal.
“Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby,” tulis Nora Danish mengiringi gambar yang sama adorable di’mata kami.
Minggu lalu laporan Harian Metro menyebut yang Nora Danish sebenarnya terkejut dengan pemilihan nama yang di’buat oleh Fasha Sandha & Rizal Ashram kerana ianya hampir sama dengan nama anak beliau.




Nabila Huda: Dia Bukan Teman Lelaki, Dia Soulmate Saya

Hubungan cinta Nabia Huda dan Nas-T bukan rahsia lagi kepada para peminat dunia hiburan, lebih lebih lagi selepas kedua dua mereka membuat pengakuan terbuka akan hubungan ini.
Tetapi ada satu kenyataan Nabila Huda yang menarik perhatian kami ketika menonton liputan Melodi tentang kisah percintaan pasangan baru ini di kaca televisyen tengah hari Ahad yang lalu.
Kenyataan sebaris Nabila Huda ini menunjukkan yang hubungan beliau bersama Nas-T kali ini memang di peringkat yang sangat serius sehingga tidak menggelarkan lelaki itu sebagai teman lelaki.
“Dia bukan boyfriend, dia soulmate saya,” ujar Nabila Huda ringkas. “Saya sendiri sudah penat bercinta & memang mencari seseorang yang sedia menerima & memahami diri saya yang sebenarnya”
Selepas menghabiskan masa bersama di kepulauan Bali baru baru ini Nabila Huda dan Nas-T telah terbang pula ke Sydney, Australia untuk menjayakan satu penggambaran drama bersama selebriti lain.
Berikut merupakan beberapa keping yang di’kongsikan Nabila Huda menerusi akaun Instagram ketika mereka berada di Australia. Nampak mesra kasih sayang antara mereka. Enjoice!



8 GAMBAR Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini & Tidak Suka Tunjuk Teman Lelaki



Fouziah Gous sebelum ini kerap di’kaitkan dengan seorang VIP sehingga aktress ini rimas dengan kata kata orang ramai walaupun berkali kali menafikan semua dakwaan yang timbul.

Melalui edisi terbaru Media Hiburan, Fouziah Gous mendedahkan status sebenar diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

“InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja”

“Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak,” kongsi Fouziah Gous yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama lagi.

“Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula”

“Apa yang boleh saya katakan, dia memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami kelak. Walaupun sudah stahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih serius ini baru sahaja terjalin,” jelas Fouziah Gous yang turut nafikan dakwaan merampas kekasih orang.













Kisah Benar Digoda Nafsu Perempuan Cantik

 
Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua :
"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta

Anak Babi Paling Pelik Di Dunia


khinzir
Seekor babi di China baru-baru ini melahirkan lima ekor anak babi. Apa yang pelik ialah satu dari anak babi tersebut memiliki wajah seperti monyet. Babi tersebut adalah kepunyaan satu keluarga yang tinggal di desa Fengzhang.
Para pengkaji mengatakan keadaan anak babi yang aneh tersebut kemungkinan disebabkan oleh sebuah kecacatan yang disebut sebagai holoprosencephaly, sebuah kelainan pada perkembangan otak yang dapat menyebabkan cyclopia (keadaan yang menyebabkan mata tidak terpisah dengan sempurna).
Pemiliknya pada mulanya ingin membuangnya, namun anaknya menyukai anak babi tersebut dan ingin memeliharanya. Sekarang, anak babi itu menjadi tarikan pelancong. Babi yang serupa juga pernah lahir di wilayah Watuliney, Manado, Indonesia
khinzir2
khinzir3

Sekitar Pengebumian Jenazah P.Ramlee

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
pramlee

Bapa P.Ramlee
pramlee2
Ibu P.Ramlee
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
pramlee3
P.Ramlee semasa muda
Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
pramlee4
pramlee5
pramlee6
pramlee7
pramlee8
pramlee9
solat jenazah P.Ramlee
Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah. Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya. Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee
pramlee10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...